Sabtu, 28 Oktober 2017 | 1:23am
JUARA Super Spontan Superstar Akhir 2017, Kamal Adli memenangi wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi di Panggung Percubaan Universiti Putra Malaysia, Serdang. - Foto Aziah Azmee

Kamal Adli juara Super Spontan Superstar

KUALA LUMPUR: Kontroversi putus cinta tidak menghalang pelakon, Kamal Adli, 31, mempamerkan persembahan konsisten hingga muncul juara program realiti, Super Spontan Superstar 2017, malam tadi.

Membawa pulang wang tunai RM100,000, Kamal menumpaskan peserta lain yang rata-ratanya pelawak profesional.

Percubaan kali kedua bintang drama Duda Pujaan Dara dalam program itu membuahkan hasil selepas gagal menempah tiket ke pentas final pada musim lalu.

Tempat kedua dimenangi Fad Bocey yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.

Tempat ketiga pula diraih rakan seperjuangan, Achey yang memperoleh RM25,000.

Kemenangan adalah berdasarkan 100 peratus undian penonton.

Pentas akhir program yang bersiaran selama lapan minggu itu turut menampilkan Mamak Puteh, Syuk Balas, Ozlyn, Sharif dan Shahrul Shiro.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000.

Super Spontan Superstar 2017 yang dihoskan Datuk AC Mizal, mengundang Datuk Chef Wan sebagai komentator bersama Datuk Afdlin Shauki.

Kamal ketika ini 'panas' dengan kontroversi putus cinta dengan Emma Maembong selain dikatakan menjalin hubungan dengan Zahirah Macwilson.

11594 dibaca
Berita Harian X