Ahad, 12 November 2017 | 6:24pm
FATTAH Amin bergambar bersama peminat pada majlis pelancaran produk pewangi AJ De Parfum di Subang Impian, Shah Alam. - Foto Saddam Yusoff

Tak tolak jodoh dengan wanita matang

SHAH ALAM: Aktor terhangat, Fattah Amin, 27, tidak menolak andai ditakdirkan bertemu jodoh dengan wanita yang lebih matang.

Diburu gosip kononnya bakal bertunang dengan Fazura, Fattah enggan melayan spekulasi netizen, sebaliknya mahu peminat berdoa yang baik-baik.

"Kalau ditanya pasal jodoh, saya terima saja siapa bakal isteri saya. Mungkin dengan Fazura atau dengan siapa saja.

"Bagi saya usia bukan ukuran. Doa saja yang baik-baik," katanya pada majlis pelancaran produk pewangi AJ De Parfum di Subang Impian, di sini.


AKTOR terhangat, Fattah Amin. - Foto Saddam Yusoff

Ditanya apakah benar khabar angin kononnya Fazura akan menunaikan umrah bersama-sama Fattah dan keluarga, bintang Hero Seorang Cinderalla itu meminta soalan diajukan kepada aktres jelita itu.

"Tidak wajar soalan itu diajukan kepada saya. Lebih baik diajukan kepada empunya badan kerana bukan tempat saya untuk menjawab perihal itu.

"Apa yang penting, saya merancang untuk menunaikan umrah bersama-sama keluarga selama 10 hari. Mengenai dia (Fazura) ikut atau tidak, saya enggan komen," katanya.

Dalam perkembangan terkini, hero drama rantaian Coffee Prince sedang dalam rangka mempromosikan single terbaharu berjudul Wanita Terindah.

3600 dibaca
Berita Harian X