Khamis, 11 Januari 2018 | 11:58pm
BAPA pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira, Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Hospita Ampang, malam ini.

Bapa Sharifah Shahira meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bapa kepada pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira, Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman meninggal dunia jam 9.15 malam ini, akibat jangkitan paru-paru.

Shahira atau Shira, 42, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang di sisi isteri, anak-anak dan saudara maranya.

"Alhamdulillah, mudah abah pergi jumpa dengan penciptanya pada malam Jumaat, malam barakah. Insya-Allah syurga buat abah. Amin Yarabbal Alamin," tulis Shahira di Instagramnya sebentar tadi.

Kata pelakon itu, jenazah bapanya kini berada di kediamannya di Taman Melawati, di sini, dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Klang Gate, jam 11 pagi esok.

Dua hari lalu, beliau turut memuat naik foto arwah bapanya sedang mendapatkan rawatan di hospital.

3129 dibaca
Berita Harian X