Rabu, 16 Mei 2018 | 8:16pm
PENYANYI, Adira Suhaimi. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
FOTO Adira bersama Anggerik yang dikongsi di laman Instagram Datuk Seri Adnan Abu.
PENYANYI, Adira Suhaimi.
ADIRA bersama suami, Datuk Seri Adnan Abu dan anak mereka, Anggerik.

Sedar hamil selepas ditegur berat badan naik

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Adira Suhaimi bersyukur tidak mengalami alahan teruk, malah rutin hariannya masih berjalan seperti biasa biarpun sedang hamil lima bulan.

Adira berkata, permulaan hamil anak kedua ini tidak jauh beza ketika dia dengan mengandung cahaya mata sulungnya, Anggerik, membuatkan dia tidak sedar dirinya sedang berbadan dua.

"Saya mula berasa sesuatu yang tidak kena apabila ramai menegur mengenai berat badan. Selepas membuat pemeriksaan rapi, baru saya sedar ketika itu, kandungan sudah mencecah tiga bulan.

"Alhamdulillah, saya tidak mengalami mual yang serius atau mengidam yang bukan-bukan. Rutin harian juga masih berjalan seperti biasa, cuma berat badan sudah naik beberapa kilogram.

"Cuma, kebelakangan ini, perubahan sudah mula nampak terutama pada bahagian muka," katanya.

Penyanyi Sembunyi itu berkata, dia pada mulanya tidak berhasrat untuk berkongsi berita itu. Namun, selepas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu, 40, mengumumkan berita gembira itu di media sosial, baru dia bersedia membuka suara.

"Jika diikutkan, saya belum sedia berkongsi kerana masih awal, namun suami terlebih dahulu mendedahkannya di media sosial. Mungkin kerana ramai yang bertanya kepadanya apabila kandungan saya sudah mula kelihatan," katanya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Anggerik pada 10 Mac 2017.

Dalam perkembangan lain, Adira berkata, dia masih lagi giat mempromosikan single terbarunya, Sembunyi ciptaan Alif Sleeq.

"Saya masih aktif menerima undangan membuat persembahan kerana tidak berdepan masalah yang membataskan pergerakan. Insya-Allah, sekiranya ada rezeki, saya teringin menghasilkan single seterusnya nanti," kata Adira.

13407 dibaca
Berita Harian X