Ahad, 1 April 2018 | 10:43am
PROSES menyusun atur barang perlu dilakukan dengan teliti. - Foto hiasan

8 cara bijak mengurus bagasi

SETIAP kali merancang percutian, perkara pertama diambil kira mengenai barangan keperluan yang mesti dibawa.

Proses menyusun atur barang perlu dilakukan dengan teliti.

Jika tidak bijak menyusun, beg menjadi terlalu padat, berat hingga sukar dibawa sebagai bagasi tangan. Gagal menyusun barang dengan sempurna menyebabkan anda terpaksa membawa lebih satu beg bagasi dan pastinya meningkatkan kos pengendalian.

Pastikan anda mempunyai dua kategori beg iaitu bagasi utama manakala untuk bagasi tangan pula, pilih yang sesuai mengikut saiz ditetapkan syarikat penerbangan.

1. Beg pembahagi ruang

Cari beg yang mempunyai banyak ruang penyimpanan barang. Ini bagi memudahkan anda menyusun barang mengikut kategori. Pembahagian ruang dalam setiap beg membolehkan anda menyusun lebih banyak barangan keperluan dalam satu beg.

2. Dompet dokumen

Simpan semua dokumen penting termasuk kad kredit, pasport dan wang tunai dalam dompet khusus. Dompet khas ini lebih mudah untuk anda mencari semula dokumen penting untuk memudahkan perjalanan anda.

3. Kelengkapan mandian

Simpan kelengkapan mandian dalam bekas kecil sekadar cukup untuk dua atau tiga kali kegunaan. Pastikan isi padu cecair mandian mematuhi syarat keselamatan penerbangan global. Pilih koleksi kosmetik diperlukan dan simpan dalam uncang kecil.

5. Suai padan

Pilih koleksi pakaian nipis dan mudah urus untuk cuaca panas dan gunakan beg vakum bagi menyimpan pakaian tebal seperti baju sejuk dan jaket. Jimatkan ruang beg anda dengan menggulung pakaian berbanding lipatan biasa.

6. Simpan sedikit makanan ringan

Biskut, coklat atau bijirin dalam pek kecil boleh dimuatkan dalam bagasi anda. Ini kerana sepanjang perjalanan pastinya anda merasa lapar, kudapan yang dibawa dalam kuantiti kecil mencukupi sementara menunggu masa makan utama.

7. Pilih bagasi permukaan lembut

Struktur beg jenis ini lebih anjal dan banyak barang boleh dibawa. Pengendaliannya mudah ketika anda menguruskan di bahagian tuntutan bagasi.

8. Bawa beg tambahan yang ringan daripada kanvas

Beg ini mudah dibawa kerana boleh dilipat pada saiz kecil untuk kegunaan ketika sampai ke destinasi. Beg ini juga menjimatkan kos daripada membeli beg tambahan.

259 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »