Sabtu, 5 Ogos 2017 | 7:00am
MINUMAN tenaga Ca'ya bantu lancarkan jadual harian.

Minuman tenaga tanpa kafein

AMALAN gaya hidup sihat memerlukan daya ketahanan yang tinggi. Memahami keperluan tubuh sentiasa cergas dan aktif itu, BRAND'S Suntory Malaysia memperkenalkan minuman bertenaga Ca'ya yang mampu melancarkan lagi jadual harian anda.

Dirumus khas dengan ramuan semula jadi seperti ginseng dan habbatus sauda, dua formulasi ini didakwa boleh membekalkan tenaga sepanjang hari.

Ramuan tanpa kafein

Habbatus sauda atau lebih dikenali sebagai jintan dipercayai mempunyai khasiat penyembuhan bagi sistem imunisasi tubuh manakala ginseng terbukti secara klinikal membantu menangani kelesuan selain membekalkan tenaga.

Malah, lebih menambahkan keunikannya berbanding produk minuman lain, Ca'ya tidak mengandungi kafein, bahan pengawet dan pewarna memudaratkan, sebaliknya mengandungi bahan semula jadi yang disyorkan.

Satu kajian dilakukan pada 2016 membuktikan, kira-kira 88 peratus pengguna mengaku kurang letih dan berasa lebih bertenaga selepas 15 minit mengambil minuman Ca'ya.

Sementara itu, 70 peratus pengguna menyifatkan minuman itu memberikan mereka tenaga sehingga lapan jam selepas pengambilan, sekali gus sesuai diambil bagi mereka merancang bersenam di gimnasium, bekerja sehari suntuk malah melakukan aktiviti lasak pada hujung minggu.

Harga berpatutan

Menawarkan harga RM41.40 bagi pek mengandungi enam botol manakala sebotol dijual dengan harga RM6.90, minuman Ca'ya boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi manakala pek individu turut ditawarkan di beberapa kedai serbaneka.

Maklumat lanjut layari, Facebook Ca'ya atau hubungi Talian Prihatin Pelanggan menerusi 1 300 228 300.

Sumber: Laporan Kajian Ujian Nielsen bertarikh April 2016

375 dibaca
Berita Harian X