Sabtu, 24 Februari 2018 | 2:06pm
Foto hiasan
NORSULAIHA Ala.- Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Banyak mengangkat punca masalah tulang belakang

MASALAH sakit pinggang, tengkuk dan lenguh di bahagian tertentu tubuh antara simptom biasa dialami individu mengikut jenis pekerjaan dilakukan. Jika tersilap langkah ada yang mudah mengalami kegelinciran cakera tulang belakang.

Umpamanya, tugas sebagai anak kapal atau pramugari memerlukan pergerakan fizikal yang ada kalanya begitu memenatkan kerana perlu banyak berdiri sepanjang tempoh penerbangan.

Sebaik penumpang memasuki perut kapal, kelihatan pramugari berwajah cantik, berkulit mulus dan ramahtamah membantu penumpang pelbagai latar belakang dan usia termasuk mengangkat beg berat mencecah tujuh kilogram untuk diletakkan di penyimpanan bagasi.

Mereka yang bertugas di kelas pertama dan perniagaan juga perlu mengangkat dan menurunkan peralatan makanan yang berat kerana diperbuat daripada besi dari kabinet yang tinggi.

Pergerakan yang berulang dan dilakukan secara berterusan mendedahkan kebanyakan anak kapal dengan penyakit seperti kegelinciran cakera tulang belakang.

Jika keadaan tidak diseimbangkan dengan cara kerja yang betul besar, kemungkinan individu terbabit akan sakit belakang dan otot.

Alami sakit pinggang

Berkongsi pengalaman itu, bekas pramugari, Norsulaiha Ala, 41, yang sudah bekerja 20 tahun di syarikat penerbangan, antara yang berhadapan masalah kegelinciran cakera tulang belakang di bahagian pinggang atas tulang punggung (Lumbar 4 dan 5) serta di bahagian tengkuk (cervical 5 dan 6).

"Setiap kali habis bekerja, saya sering mengalami sakit pinggang dan tengkuk kerana banyak mendongak untuk mengambil peralatan atau makanan yang disimpan di dalam kabinet yang tinggi dan menunduk untuk menghidangkan makanan kepada penumpang.

"Pada awalnya saya anggap sakit yang dialami itu perkara biasa dan hanya makan ubat menahan sakit saja," katanya. Pada 2014 selepas pulang dari Australia, secara tiba-tiba Norsulaiha tidak boleh bangun kerana pinggang dan tengkuknya terasa amat sakit.

Rakan sekerjamenasihatkan Norsulaiha berjumpa doktor kerana ramai anak kapal mengalami sakit pinggang dan tengkuk dan disahkan mengalami gelinciran cakera tulang belakang.

Norsulaiha disahkan mengalami gelinciran cakera tulang belakang. tahap pertengahan dan diberikan suntikan steroid, ubat tahan sakit serta fisioterapi dua kali seminggu selama satu jam.

406 dibaca
Berita Harian X