Ahad, 15 April 2018 | 2:41pm
TAMTEH Homestay di Kampung Lubuk Pinang, Ayer Hitam, Alor Setar.
HIASAN dalaman chalet Tamteh Homestay di Kampung Lubuk Pinang, Ayer Hitam, Alor Setar.

Imbau suasana kampung

MATAHARI hampir terbenam ketika tiba di Tamteh Homestay, di Kampung Lubuk Pinang, Ayer Hitam, Alor Setar, membuatkan penulis teruja untuk meneroka kawasan itu.

Musim menuai padi sudah berlalu meninggalkan bendang kering kontang dengan longgokan jerami di tengah sawah.

Deretan chalet berkembar dibina dengan papan lengkap dengan beranda dikelilingi sawah padi mengimbau kenangan pulang ke kampung halaman.

Melangkah masuk, tiga bilik dengan setiap bilik dilengkapi dua katil bujang dan katil bersaiz king, selain bilik mandi dan tandas turut dilengkapi pancuran air di bahagian dapur.

Setiap chalet dilengkapi televisyen, peti sejuk, sofa, kerusi rotan dan pendingin hawa di setiap bilik tidur.

Pengerusi Tamteh Multicentre, Zulkifli Ahmad, berkata inap desa dibina dan diuruskan oleh 52 ahli koperasi Hajah Puteh Jerlun Bhd sejak 2013.

Sedia pelbagai aktiviti

"Kebanyakan ahli koperasi adalah anak cucu kami yang mewarisi tanah seluas 2.8 hektar dan membangunkan inap desa ini.

"Ada 10 kediaman berkonsep inap desa sesuai untuk pelancong tempatan atau luar negara yang menginginkan suasana damai kampung," katanya yang juga pengerusi lembaga koperasi milik keluarganya itu.

Sarapan pengunjung dihidangkan masakan kampung seperti pulut dimakan dengan ikan masin dan mangga.

Zulkifli berkata, inap desa ini turut menyediakan pelbagai aktiviti termasuk hari keluarga, majlis kenduri, kursus motivasi, pusat latihan atau kursus, latihan kemahiran dan seminar.

Selepas sarapan, pelancaran 'Caravan Park@Tamteh disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz.

Caravan Park@ Tamteh disewa bagi meletakkan karavan yang dipandu sendiri oleh pelancong dengan bayaran RM30 sehingga RM40 sehari.

Tandas dan bilik mandi disediakan bagi kemudahan pelancong yang mengembara dengan kenderaan itu.

412 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »