Selasa, 1 Ogos 2017 | 12:02am
PELANGGAN menikmati hidangan roti canai RM0.50 di gerai Rasmah Bibi Rudakhan. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
HIDANGAN roti canai, telur separuh masak, teh tarik, nescafe tarik yang berharga RM0.50, manakala nasi lemak cuma berharga RM1 di gerai Rasmah Bibi Rudakhan. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
NORHAFIZAH Rahmat, 34, menunjukkan hidangan roti canai RM0.50 yang diusahakan bersama ibunya, Rasmah Bibi Rudakhan. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
RASMAH Bibi Rudakhan menyiapkan roti canai RM0.50 yang dipesan pelanggan di gerainya. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
RASMAH Bibi Rudakhan menebar roti canai RM0.50 seawal jam 7 pagi di gerainya. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
GERAI sarapan dengan hidangan serendah RM0.50 yang diusahakan Rasmah Bibi Rudakhan, 58, dikunjungi pelanggan seawal jam 7 pagi. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
RASMAH Bibi Rudakhan, 58. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Warung Roti Canai 50 sen

MELAKA: Jangan terkejut, tatkala kos bahan mentah kian meningkat saban tahun, masih ada lagi peniaga yang mampu menyediakan menu hidangan sarapan kepada pelanggan pada harga serendah 50 sen.

Buktinya, Warung Roti Canai 50 sen di Jalan Seri Krubong 2, Taman Seri Krubong, di sini, menyediakan pelbagai menu hidangan sarapan pada harga serendah itu sejak lebih 24 tahun lalu.

Pada harga semurah itu, pelanggan boleh menikmati hidangan roti canai, selain mencuba beraneka minuman panas seperti teh tarik, kopi, milo, nescafe, kopi o, teh o, telur separuh masak, telur goreng dan banyak lagi pada harga sama.

gn4id:21899251

gn4id:21899253

Malah, semacam tidak percaya apabila hidangan mi goreng dan nasi lemak yang lengkap dengan hirisan timun segar, sambal tumis dan ikan bilis cuma berharga RM1. Jika pelanggan ingin menambah telur goreng, cuma perlu menambah 50 sen.

Pemilik warung, Rasmah Bibi Rudakhan, 58, ternyata berjiwa besar dan ada niat yang menjadi sandarannya selepas memulakan gerai sarapan itu bersama arwah suaminya, Rahmat Ismail pada tahun 1993.

"Ketika mula berniaga dulu, saya menjual roti canai dan air pada harga cuma 30 sen. Berniaga ini kita tidak boleh hanya hendak untung semata-mata, sebaliknya ingin mendapat ganjaran pahala, termasuk buat arwah suami.

"Sebab itu, soal harga saya tidak pernah kisah. Pelanggan juga yang sarankan naikkan 50 sen, dan alhamdulillah rezeki saya anak beranak terus ada sehinggalah ke saat ini," katanya ketika ditemui di warungnya, semalam.

gn4id:21899261

gn4id:21899256

Seawal jam 7 pagi, pengunjung yang rata-ratanya penduduk di taman perumahan itu serta pekerja di sekitar Melaka Tengah, sudah berpusu-pusu ke gerainya yang dibuka empat jam sehari untuk menikmati sarapan.

Sekalipun menawarkan harga yang cukup murah, tetapi Rasmah Bibi tidak sesekali pernah mengabaikan soal kualiti dan rasa pada semua menu dan hidangan minuman di gerainya.

"Kita hendak beri orang makan, pelanggan yang kita tidak tahu latar belakangnya. Diharapkan, dengan harga ditawarkan ini mereka dapat mendoakan rezeki serta pahala buat kita semua," katanya merendah diri.

Sibuk menebar roti canai, wanita itu bertuah kerana dibantu anak-anaknya iaitu Anil Mohammad Rahmat, 36; Norhafizah, 34 serta  menantu Yahya Yakub, 37. Malah, pada hujung minggu, lebih ramai ahli keluarga turut membantu.


HIDANGAN roti canai RM0.50 yang diusahakan Rasmah Bibi Rudakhan, 58, di Jalan Seri Krubong 2, Taman Seri Krubong, Krubong. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

gn4id:21899272

Sementara itu, pelanggan, Idris Hashim, 40, berkata beliau bersarapan di warung berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu, dan terus menggemari menu disediakan.

"Sejak dahulu, rasanya tidak berubah dan harga masih lagi mampu dijual murah. Tarikan menu sarapan pagi tentunya roti canai dan nasi lemak," katanya yang bekerja kilang.

Kakitangan awam, Mohd Noor Hakimi Mohamad Adnan, 32, pula berkata tarikan 50 sen pada kebanyakan menu hidangan di gerai itu membuatkan pelanggan berpusu-pusu setiap pagi.

"Malah, dengan harga serendah 50 sen, pelanggan boleh memesan pelbagai menu tambahan, termasuk roti canai, nasi lemak dan mi goreng," katanya.

Berita Harian X