Ahad, 6 Disember 2015 | 6:03pm
SEBAHAGIAN penyokong bola sepak menunjukkan tiket yang berjaya dibeli pagi ini untuk perlawanan TM Piala Malaysia 2015 Separuh Akhir kedua antara Selangor dengan Pahang yang dijadualkan malam ini. - Foto Osman Adnan

Selangor yakin cukup bekalan gempur Pahang

SHAH ALAM: Selangor sudah bersedia dari segi fizikal dan mental bagi berhadapan Pahang, malam ini.

Kapten pasukan, Shahrom Kalam, berkata semangat rakan sepasukannya sedang berkobar-kobar dan masing masing tidak sabar untuk beraksi malam ini.

"Debaran itu tetap ada kerana ini perlawanan yang penting yang bakal menentukan nasib Selangor untuk ke perlawanan akhir nanti.

"Jadi, saya berharap rasa takut itu tidak akan menjejaskan mutu permainan dan kami dapat menunjukkan persembahan yang terbaik.

"Semoga kejayaan milik kita dan sokongan padu daripada penyokong Merah Kuning amat diharapkan," katanya ketika dihubungi.

Pemain dan pegawai bola sepak Selangor sudah diberi taklimat berhubung perlawanan malam ini pada jam 4.30 petang tadi di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam sebelum bergerak ke Stadium Shah Alam jam sebentar lagi dan dijangka tiba ke stadium kira-kira jam 6.30 petang nanti.

14 dibaca
Berita Harian X