Isnin, 7 Disember 2015 | 12:00am
DIREKA untuk memberi keseronokan ketika bersenam.

Goji Play 2 tingkat kecergasan


ALAT yang dapat membantu memberi motivasi dalam aktiviti kecergasan.

BAGI mereka yang memerlukan motivasi tambahan untuk aktif dalam aktiviti kecergasan, sebuah syarikat teknologi kesihatan Blue Goji, memperkenalkan produk keluaran terbaharunya dikenali sistem permainan kecerdasan Goji Play 2, minggu ini.

Alat ini direka untuk menambahkan keseronokan pengguna ketika melakukan sesi senaman sama ada di rumah atau pusat kecerdasan atau Gym.

Ia mengandungi pilihan 20 permainan yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi aplikasi App Store dan Google Play.

Goji Play 2 bukan satu aplikasi mudah alih untuk telefon pintar atau permainan video untuk televisyen seperti game PlayStation, tetapi ia adalah sistem permainan IOS dan Android yang berupaya merangsang kecergasan.

Alat ini juga memiliki pautan dengan pelbagai mesin kardio, termasuk mesin basikal, treadmills, stair steppers dan ellipticals.


TERDAPAT 20 permainan pilihan yang boleh dimuat turun.

Semua alat senaman itu yang biasanya terdapat di rumah atau di gym, boleh dihubungkan ketika melakukan senaman.

Goji Play 2 ini boleh didapati dengan merujuk ke laman web www.bluegoji.com. Harga ditawarkan pula adalah AS$119 (RM499) setiap set.

Sebelum ini pelbagai aplikasi berasaskan aktiviti kecergasan yang digabungkan dengan permainan dijual antaranya seperti Nintendo Wii dan Movo Ball.

Wii Fit U di bawah Nintendo Wii contohnya kini menawarkan tambahan 19 permainan baharu, menjadikan jumlah keseluruhannya menghampiri 70 jenis permainan.

Semua konsep ini dikatakan semakin popular di beberapa negara termasuk di Asia, yang menjadikan aktiviti bermain permainan sambil bersenam sebagai tabiat baharu selain mendengar muzik.

Berita Harian X