Selasa, 12 Januari 2016 | 9:22pm
KREN tumbang di tapak pembinaan di Jalan Damansara. - Foto NSTP

Buruh maut dihempap kren tumbang


KREN tumbang di tapak pembinaan di Jalan Damansara. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Seorang buruh binaan warga China maut selepas kren yang digunakan bagi membina jejambat tumbang di Jalan Damansara di sini, petang tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.50 petang sebelum 15 anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Seorang buruh maut di tempat kejadian akibat tersepit antara kren dan penghadang besi yang diangkat jentera berat terbabit sebelum itu.

"Tiga lagi pekerja cedera ringan. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

92 dibaca
Berita Harian X