Rabu, 20 Januari 2016 | 11:34pm

Perbicaraan kes penipuan cukai Messi bermula Mei


BINTANG Barcelona, Lionel Messi. - Foto EPA

BARCELONA: Perbicaraan bintang Barcelona, Lionel Messi dan bapanya kerana dakwaan penipuan cukai akan bermula 31 Mei ini, kata mahkamah tinggi wilayah berkenaan, hari ini.

Messi, yang baru-baru ini dimahkotakan pemenang Ballon d'Or winner untuk rekod lima kali dan bapanya, Jorge, didakwa kerana penipuan cukai akibat gagal mengisytiharkan 4.16 juta euro (RM19.93 juta) berkaitan cukai terhadap hak imejnya di antara tahun 2007 hingga 2009.

Perbicaraan akan berlangsung hingga 3 Jun, kata Mahkamah Tinggi Catalan dalam satu kenyataan.

Pendakwa raya negeri sudah memohon kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman penjara 22 setengah bulan.

Bulan lalu, kedua-duanya dibebaskan terhadap dua dakwaan berasingan berkaitan perlawanan persahabatan kebajikan pada tahun 2012 dan 2013 selepas hakim mendengar pengakuan daripada ahli perniagaan Argentina yang menganjurkan perlawanan itu.

Pemain itu disiasat untuk melihat sama ada dia gagal membuat pengisytiharan kepada bahagian cukai, sebarang pendapatan daripada pembabitan dalam sebarang perlawanan persahabatan di Mexico, Colombia, Amerika Syarikat dan Peru. - AFP

82 dibaca
Berita Harian X