Jumaat, 29 Januari 2016 | 11:14am
KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan) menampal pelekat OP Selamat pada kenderaan petugas OP Selamat di Majlis Pelancaran OP Selamat 8/2016 sempena Tahun Baru Cina di Restoran Jejantas Sg Buloh. - Foto Salhani Ibrahim

PDRM tubuh 'Strike Force' trafik sempena Tahun Baharu Cina


KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

SUNGAI BULOH: Polis Diraja Malaysia menubuhkan pasukan 'Strike Force' trafik bagi membantu polis kontinjen Negeri Sembilan, Melaka dan Johor melakukan pemantauan di kawasan sering berlaku kemalangan dalam Op Selamat 8 sempena Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pasukan tindakan khas trafik itu adalah projek perintis PDRM yang akan berpangkalan di Muar, Johor.

"Pasukan ini akan bergerak secara berkala ke lokasi yang mempunyai kadar kemalangan dan isu trafik yang tinggi di kawasan zon selatan.

"Penubuhan pasukan ini juga sebagai isyarat PDRM melaksanakan penguatkuasaan penuh terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan trafik sepanjang tempoh Op Selamat 8," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat 8 sempena Tahun Baharu Cina di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Restoran Jejantas Sungai Buloh di sini, sebentar tadi.


33 dibaca
Berita Harian X