Rabu, 10 Februari 2016 | 1:17pm

Imam maut, basikal bergesel bas ekspres


ORANG ramai membantu menutup jenazah Mat Daud selepas nahas di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, pagi tadi.

PERMAISURI: Seorang imam di Masjid Sungai Lerek dekat sini, maut selepas basikal ditungganginya bergesel dengan sebuah bas ekspres di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di sini, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi di hadapan bazar Sungai Lerek, di sini, Mat Daud Awang Hamat, 84, maut di tempat kejadian selepas terjatuh dari basikalnya yang bergesel dengan bas berkenaan.

Mangsa dalam perjalanan menunaikan solat Subuh di Masjid Sungai Lerek yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.

Lokasi kejadian hanya kira-kira 150 meter dari masjid berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Elias Abu Bakar, mengesahkan kejadian.

191 dibaca
Berita Harian X