Sabtu, 26 March 2016 | 4:46pm

Fazaruddin calon BN Tupong

LUNDU: Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Fazaruddin Abdul Rahman diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem ketika mengumumkan pencalonan itu berkata, Fazaruddin akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Daud Abdul Rahman yang bersara daripada politik.


KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Pada majlis pelancaran Armada Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu juga, Adenan mengesahkan Gerald Rentap Jabu akan menggantikan bapanya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang di DUN Layar.

"Ini bermakna dua muka baharu kita tampilkan daripada Pemuda PBB," katanya.

239 dibaca
Berita Harian X