Khamis, 31 March 2016 | 8:01am

Nedved ganti Beckham duta Liga Super China


Pavel Nedved (kiri) menggantikan David Beckham sebagai duta Liga Super China.

PRAGUE: Bekas pemain tengah Czech, Pavel Nedved mengesahkan dia dilantik sebagai duta Liga Super China, menggantikan David Beckham.

"Saya sudah menjadi duta liga China hari ini," kata pemain berusia 43 tahun yang memenangi Ballon d'Or pada 2003.

"Sebelum saya, tempat terbabit adalah miliki David Beckham. Jadi, ia satu penghormatan besar bagi saya dan bagi seluruh Republik Czech," kata Nedved kepada pemberita ketika mengiringi Presiden China, Xi Jinping pada lawatan ke Prague.

"Pada masa akan datang, anda akan bekerjasama dengan bola sepak China."

Nedved yang juga bekas bintang Sparta Prague, Lazio dan Juventus bermain 91 perlawanan untuk pasukan kebangsaan Czech yang mana dia membantu skuad itu mara ke perlawanan akhir Euro 1996 namun tewas kepada Jerman. - AFP

242 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »