;
Jumaat, 8 April 2016 | 4:13pm
(DARI kiri) Nas-T, Atita Haris dan Opie.
NAS-T bersama anak tirinya, Opie.
NAS-T menyayangi Opie sepenuh hati.

Tiada sebab perlu bermusuh dengan bekas suami Atita: Nas-T

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Nas-T, 33, menegaskan dia tiada sebab untuk bermusuh dengan bekas suami isterinya, Atita Haris.

Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin sebaliknya lebih menitik beratkan hubungannya dengan anak tiri, Sofia, atau nama manjanya Opie, berbanding memikirkan kisah lampau isterinya.

"Apa yang berlaku adalah antara Atita dan bekas suaminya. Bagi saya, apa yang penting kini adalah untuk menjadi bapa dan contoh yang baik kepada Opie.

"Opie masih kecil dan memerlukan belaian seorang bapa. Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai bapa segera dan saya ingin menjadi suami serta bapa yang baik.

"Saya menyayangi Opie sepenuh hati dan menginginkan dia membesar menjadi orang berguna. Biarpun kami akrab, namun saya perlu disiplinkan Opie apabila perlu," katanya kepada BH Online.

Mengulas mengenai perancangan keluarga bersama Atita, mereka menyerahkan soal anak kepada rezeki. Menurut lelaki ini, mereka sudah tentu menginginkan cahaya mata bagi menyerikan lagi rumah tangga dibina.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 28 Februari lalu.

Dalam perkembangan terkini, Nas-T baharu selesai menjalani penggambaran filem pendek berjudul Pigeon yang turut menampilkan Sharifah Amani dan Sherry Alhadad. Filem itu juga tersenarai untuk pertandingan pada Festival Filem Tokyo, Oktober depan.

Selain itu, dia terbabit dalam drama Cinta Rollercoster untuk saluran TV3. Selian dirinya, drama 20 episod itu membariskan Syazwan Zulkifli, Puteri Aishah, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi.

601 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »