;
Isnin, 11 April 2016 | 9:13pm

Messi kekal pemain paling mahal dunia


Lionel Messi. - Foto Reuters

PARIS: Bintang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi kekal selaku pemain bola sepak dibayar paling tinggi dengan pendapatan tahunan mencecah 74 juta euro (RM328.74 juta), menurut laporan pada edisi Selasa, majalah France Football.

Pendapatan Messi pada 2015 meningkat 9 juta euro (RM39.98 juta) berbanding sebelumnya, meletakkan pemenang lima kali Ballon d'Or itu di depan Cristiano Ronaldo (67.4 juta euro) dan Neymar (43.5 juta euro) sebagai tiga pemain teratas untuk tahun ketiga berturut-turut.

France Football menganggarkan jumlah itu berdasarkan gaji selepas cukai, penajaan dan pelbagai lagi bonus.

Angel Di Maria adalah pemain termahal dibayar di Perancis dengan 24 juta euro (RM106.62 juta) berikutan perpindahan dari Manchester United, dengan pemain Argentina sedikit di atas rakan sepasukan di Paris Saint-Germain, Thiago Silva dan Zlatan Ibrahimovic.

Walaupun dipecat Chelsea pada Disember, Jose Mourinho adalah jurulatih berpendapatan paling tinggi dengan 24 juta euro (RM106.62 juta), dengan Pep Guardiola dan Fabio Capello melengkapkan senarai tiga teratas. - AFP

207 dibaca
Berita Harian X