Rabu, 13 April 2016 | 8:46pm
CIRI tambahan paling menarik yang terdapat pada vívosmart HR pastinya pemantauan kadar denyutan jantung selama 24/7, diikuti jumlah tingkat yang didaki dan mengukur keamatan aktiviti.

vívosmart HR pengesan kecergasan terbaik


JAM vívosmart HR.

BARU-baru ini Garmin memperkenalkan jam vívosmart HR iaitu pengesan aktiviti dengan keupayaan sesentuh yang menyediakan pemberitahuan pintar lengkap berkaitan semua pergerakan kecergasan anda.

Jam vívosmart HR menampilkan paparan terang yang mudah dibaca pada sepanjang masa.

Malah ciri tambahan paling menarik yang terdapat pada vívosmart HR pastinya pemantauan kadar denyutan jantung selama 24/7, diikuti jumlah tingkat yang didaki dan mengukur keamatan aktiviti.

Tidak ketinggalan, jam pintar ini boleh dilaraskan dengan aplikasi lain termasuk telefon pintar dan muzik.

Ia didatangkan dengan tiga warna iaitu hitam, ungu dan biru. Harga pasaran bagi vívosmart HR ialah RM699.

vívosmart HR diperkenalkan sempena kempen pengiklanan global digelar "Beat Yesterday," iaitu termasuk televisyen, percetakan, digital dan media sosial yang mengetengahkan bagaimana peranti Garmin membantu manusia mencapai peningkatan aktiviti lebih baik daripada hari sebelumnya.

"Beat Yesterday" ialah program khusus yang menonjolkan kepentingan menjadi lebih sihat dan lebih bergerak, lebih jauh atau lebih pantas setiap hari .

"Ini adalah aktiviti pengesan pertama dari Garmin dengan teknologi kadar denyutan jantung di pergelangan tangan yang memantau kadar denyutan jantung anda 24/7, menawarkan lebih maklum balas berkaitan aktiviti harian anda, kalori yang dibakar, senaman dan tidur," kata Naib Presiden Jualan Antarabangsa Garmin, Dan Bartel.

"Terima kasih kepada vívosmart HR yang didatangkan dengan perincian paparan grafik yang tinggi, anda boleh menilai perkembangan anda berbanding kecergasan anda dan terus berhubung dengan pemberitahuan ketika anda memulakan aktiviti."


JAM vívosmart HR menampilkan paparan terang yang mudah dibaca pada sepanjang masa.

Sememangnya menarik kerana teknologi kadar denyutan jantung di pergelangan tangan, pengguna boleh menerima pesanan teks, panggilan, e-mel, kalendar dan pemberitahuan media sosial.

Gelung kilat vívosmart HR begitu ringan dan selesa apabila dipakai sepanjang hari. Baterinya boleh bertahan selama lima hari dan berkeupayaan digunakan dalam air sedalam 50 meter.

Selain itu, jam berkenaan mengesan jumlah langkah, kalori, jarak, denyutan jantung dan paparan masa harian.

vívosmart HR turut mengukur aktiviti berdasarkan minit di mana pengguna boleh memantau perkembangan mereka bagi minggu aktiviti aerobik seperti yang dicadangkan oleh pertubuhan kesihatan terkemuka seperti Persatuan Jantung Amerika, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat.

Sama seperti model terdahulu, vívosmart HR mengingatkan pengguna ketika mereka duduk terlalu lama, belajar memahami tahap aktiviti semasa dan membuat sasaran harian, motivasi melakukan tabiat baik yang sihat dan kekal aktif sepanjang hari.

Sesuai dengan teknologi perhubungan dunia, vívosmart HR membolehkan pengguna kekal berhubung dengan amaran getaran pintar termasuk panggilan masuk, mesej teks, media sosial, amaran kalendar.

Pengguna juga boleh mengawal muzik di telefon pintar menerusi vívosmart HR, menghantar isyarat bagi mengesan telefon pintar mereka apabila hilang dan mengawal kamera Garmin VIRB.

Sementara itu, vívosmart HR boleh dilaraskan dengan aplikasi Garmin Connect terkini untuk iPhone atau Android yang membolehkan pengguna menyemak laporan harian termasuk berkaitan perkembangan aktiviti dan jumlah tidur.

163 dibaca
Berita Harian X