;
Ahad, 2 November 2014 | 10:01am

Tiada ancaman tsunami susulan gempa di pantai Fiji, Tonga

HONOLULU : Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii mengesahkan tiada ancaman tsunami berlaku susulan gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter melanda luar pantai wilayah Kepulauan Tonga dan Fiji.

Gempa berlaku pada jam 8 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak di 200 kilometer di sebelah barat laut dari Nuku'alofa, Tonga, dan 270 batu (434 kilometer) dari arah tenggara Suva, Fuji.

Tonga dan Fiji berkedudukan kira-kira 5,000 batu (8,000 kilometer) dari barat daya pulau Hawaii.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 258 batu di bawah permukaan bumi. -AP

91 dibaca
Berita Harian X