;
Rabu, 11 Mei 2016 | 7:56am

1,284 planet ditemui di luar sistem solar


Teleskop Kepler NASA. - Foto www.nasa.gov

CAPE CANAVERAL: Ahli astronomi menemui lebih 1,284 planet di luar sistem suria kita, sembilan daripadanya mungkin dalam orbit sesuai untuk air permukaan yang boleh meningkatkan prospek menyokong kehidupan, kata saintis semalam.

Pengumuman itu menjadikan jumlah planet yang disahkan di luar sistem solar kepada 3264. Sebahagian besar kumpulan planet yang dipanggil exoplanets ini dikesan teleskop Kepler Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (NASA), yang mencari planet boleh didiami seperti Bumi.

Planet baharu ini dikenal pasti semasa misi utama empat tahun Kepler, yang berakhir pada tahun 2013, dan sebelum ini hanya dianggap sebagai 'calon-planet'.

Ahli sains mengumumkan penemuan tunggal terbesar planet setakat ini menggunakan teknik analisis baru yang menggunakan model statistik untuk mengesahkan kumpulan itu sebagai planet, sambil menolak senario palsu yang kelihatan seperti planet yang mengorbit.

"Kita kini tahu bahawa kemungkinan ada lebih banyak planet daripada bintang," kata Pengarah Bahagian astrofizik NASA, Paul Hertz, dalam satu kenyataan akhbar. - REUTERS

Berita Harian X