Rabu, 18 Mei 2016 | 10:12am

Saham Asia susut pada awal dagangan

TOKYO: Saham Asia susut pada Rabu selepas data inflasi AS yang kukuh dan komen daripada pegawai Rizab Persekutuan (Fed) mencetuskan prospek kenaikan kadar bank pusat pada akhir tahun ini.

Indeks meluas MSCI bagi Asia Pasifik di luar Jepun jatuh 0.3 peratus pada sesi dagangan awal, sementara Nikkei Jepun susut 0.5 peratus, gagal mengekalkan pengukuhan awal selepas keluaran dalam negara kasar (KDNK) Jepun April-Jun mencatat pertumbuhan tahunan 1.7 peratus, lebih kukuh daripada jangkaan.

Pasaran memantau mesyuarat Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bersama pemimpin parti gabungan di mana beliau akan membincangkan rancangan penangguhan kenaikan cukai jualan bagi menyokong ekonomi yang semakin lembap.

Wall Street merekodkan jualan besar-besaran pada Selasa dengan S&P 500 susut 0.94 peratus selepas indeks harga pengguna AS mencatat peningkatan terbesar dalam tempoh lebih tiga tahun berikutan pertumbuhan dalam sewa dan petrol.

- Reuters

Berita Harian X