Rabu, 13 Julai 2016 | 12:58am
CALON presiden Parti Demokratik, Hillary Clinton (kanan) ceria selepas Senator Bernie Sanders menyatakan sokongan kepadanya pada perhimpunan di New Hampshire. - Foto Reuters

Sanders suarakan sokongan terhadap Hillary Clinton

PORTSMOUTH: Bernie Sanders akhirnya menyatakan sokongan yang ditunggu sekian lama terhadap calon presiden Parti Demokratik, Hillary Clinton.

Beliau menyatakan kesanggupan untuk bekerja keras demi memastikan Clinton berada di Rumah Putih, November depan.

"Setiausaha Clinton menang proses pencalonan Demokratik dan saya mengucapkan tahniah.

"Beliau akan menjadi calon presiden Demokratik dan saya akan melakukan yang termampu untuk memastikan beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang seterusnya," kata Sanders pada perhimpunan di New Hampshire, yang turut dihadiri Clinton. - AFP

23 dibaca
Berita Harian X