Sabtu, 16 Julai 2016 | 1:30am

Bas ekspres rempuh lori


KEADAAN bas ekspres yang remuk selepas melanggar lori. - Foto Rosli Ilham

PERMAISURI: Tujuh penumpang bas mengalami detik mencemaskan apabila bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 54, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu, dekat kuarters kakitangan FELDA Chalok, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Alias Abu Bakar, berkata nahas berlaku kira-kira jam 7.10 malam ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

Katanya, di tempat kejadian, sebuah lori yang dipandu Manual Arumugam, 49, dipercayai mengalami kerosakan stereng sebelum merintangi jalan.

"Bas yang dipandu Sukri Zakaria, 45, yang datang dari arah belakang gagal mengelak lalu merempuh bahagian depan lori terbabit," katanya.

Alias berkata, tujuh penumpang serta pemandu kedua, pemandu bas yang berasal dari Kota Bharu dan pemandu lori dari Taman Rasah Jaya, Seremban tidak mengalami sebarang kecederaan.

110 dibaca
Berita Harian X