Khamis, 28 Julai 2016 | 3:29pm

Firma Korea, NH Trading jalin kerjasama dengan Pasarnita


PENASIHAT Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil bersama Ketua Pengarah Korea Seed and Variety Service (KSVS), Shin Hyun Kwan (kanan) melawat gerai pameran makanan dan produk Korea Selatan sempena Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB) 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad.

KUALA LUMPUR: Syarikat pembekal makanan dan minuman secara borong dari Korea Selatan, NH Trading memilih Pasarnita sebagai rakan strategik memasarkan rangkaian produknya di negara ini.

Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata kedua-dua pihak sedang merangka sesi padanan perniagaan antara NH Trading dan usahawan menerusi program Pasarnita.

Beliau berkata, ia bagi mengenal pasti usahawan yang benar-benar sesuai dan layak memasarkan produk NH Trading.

"Pengalaman dan latar belakang NH Trading sebagai syarikat global berupaya membantu meningkatkan tahap serta kualiti keusahawan, sekali gus merancakkan ekonomi.

"Ini diharap menjadi batu loncatan bagi Pasarnita bekerjasama dengan syarikat luar negara," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Eksekutif NH Trading, Shin Hyun Kwan, pada Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB 2016), di sini, hari ini.

Shahrizat turut meluangkan masa berkunjung ke Pavilion Makanan dan Minuman Korea Selatan bagi melihat produk hasil keluaran negara itu.

103 dibaca
Berita Harian X