;
Jumaat, 29 Julai 2016 | 8:58pm

Abam diganggu lelaki gila seks di Facebook


ABAM mendedahkan dirinya diganggu lelaki gila seks menerusi laman sosial, baru-baru ini. - Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Abam Bocey, mendedahkan dirinya diganggu lelaki gila seks menerusi laman sosial, baru-baru ini.

Pemilik nama penuh Syed Muhd Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan itu berkata, lelaki terbabit bertindak di luar batasan apabila sanggup menunjukkan gambarnya dalam keadaan bogel.

"Saya sangat terkejut sebaik saja menerima gambar bogel lelaki terbabit di Facebook. Lebih menggelikan apabila dia cuba menggoda saya dan memanggil saya seksi.

"Tidak tahulah bahagian mana pada saya yang seksi?" cerita jejaka berusia 27 tahun ini ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Maharaja Lawak Mega di Damansara, di sini, sebentar tadi.

Tidak mahu pisang berbuah kali, Abam berkata, beliau kini mengambil langkah berhati-hati sebelum menerima mana-mana pihak untuk berkawan dengannya di laman sosial.

'Walaupun kali pertama berlaku, ia sangat membimbangkan saya. Cerita ini pun saya kongsi dengan teman rapat saja sebelum ini.

"Selepas ini, saya akan pantau laman sosial saya dan akan lebih berhati-hati sebelum menerima sesiapa untuk menjadi rakan Facebook," ujar pemenang trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 ini.

235 dibaca
Berita Harian X