;
Isnin, 1 Ogos 2016 | 8:15pm

ETCM, TCEAS panggil semula beberapa model Nissan


Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar tunggal and pemasang kenderaan Nissan di Malaysia bersama dengan Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) memanggil semula beberapa model Nissan. - Foto EPA

EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar tunggal and pemasang kenderaan Nissan di Malaysia bersama dengan Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) memanggil semula beberapa model Nissan.

Ia berikutan pengumuman Nissan Motor Co. Ltd baru-baru ini berhubung inflator beg udara Takata dan Back Door Stay.

Kempen panggilan semula itu bagi memaklumkan kepada pelanggan dan penggantian alat ganti bagi kenderaan yang berkenaan.

Syarikat dalam kenyataan berkata, hasil siasatannya, sebanyak 110,945 unit kenderaan Nissan yang terbabit dengan inflator beg udara Takata.

Kempen itu bagaimanapun tidak membabitkan model Nissan Teana (L33), Nissan X-Trail (T32) dan Nissan NP300 Navara baharu yang dilancarkan ke pasaran tempatan masing-masing pada bulan Jun 2014, Januari 2015 dan November 2015, serta model Nissan yang terkini di pasaran.

ETCM dan TCEAS turut dimaklumkan oleh Nissan Motor Co. Ltd bahawa Back Door Stay membabitkan sebanyak 22,173 unit kenderaan Nissan.

Lapisan cat yang digunakan pada pintu belakang kenderaan tidak mematuhi keperluan reka bentuk untuk rawatan anti-karat.

Hasilnya silinder tiub bagi door stay boleh mengakis, menyebabkan kebocoran gas pada silinder.

Dalam jangka masa panjang, back door stay mungkin menjadi lemah serta melumpuhkan fungsi back door.

Penggantian akan dijalankan sekiranya alat ganti sedia ada pada bulan September 2016.

Pemilik Nissan kenderaan yang terbabit akan dimaklumkan secara terus dan surat melalui TCEAS. Pemilik yang menerima surat itu dinasihatkan menghubungi cawangan TCEAS yang terdekat untuk temujanji.

Info:

Inflator Beg Udara Takata Bahagian Pemandu:

* Navara D40 (CBU&CKD) - 2007-2014 - 12,634 unit

* Latio C11 (CKD) - Jun 2007-Oktober 2014 - 10,763 unit

* Grand Livina L10 (CKD) Julai 2007 - Oktober 2013 - 69,965 unit

* X-Gear L10 (CKD) November 2010 - Oktober 2013 - 4,874 unit

Inflator Beg Udara Takata Bahagian Penumpang Hadapan:

* X-Trail T30 (CKD) Mei 2002 - Mac 2007- 10,589 unit dan April 2007 - Disember 2008 - 2,101 unit

* Teana J31 (CBU) Ogos 2004 - September 2004 - 2 unit

* Liberty M12 (CBU) 2003 - 17 unit

Back Door Stay

* Serena S-Hybrid C26 (CBU) September 2012 - November 2013 - 4,001 unit

* Serena S-Hybrid C26 (CKD) Februari 2014 - Mac 2016 - 3,715 unit

* X-Trail T32 Ogos 2014 - Disember 2015 - 8,756 unit

* NV200 M20 September 2011 - Februari 2016 - 5,701 unit

186 dibaca
Berita Harian X