Selasa, 16 Ogos 2016 | 11:55pm

Helikopter terhempas di Republik Czech, 2 terbunuh

PRAGUE: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di barat Republik Czech, kata polis, hari ini.

Jurucakap polis, Hana Stefflova, berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan dekat padang berhampiran perkampungan Kazn jov, kira-kira 100 kilometer di barat Prague.

Setakat ini, Stefflova berkata, dia tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung kemalangan itu. - AP

40 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »