Isnin, 12 September 2016 | 12:02am
Rawatan Vampire di Klinik Pesona di Metro Genting Klang, Jalan Genting Klang. - Foto Shiraz Ali
Rawatan Vampire di Klinik Pesona di Metro Genting Klang, Jalan Genting Klang. - Foto Shiraz Ali
Rawatan Vampire di Klinik Pesona di Metro Genting Klang, Jalan Genting Klang. - Foto Shiraz Ali
Rawatan Vampire di Klinik Pesona di Metro Genting Klang, Jalan Genting Klang. - Foto Shiraz Ali
Rawatan Vampire di Klinik Pesona di Metro Genting Klang, Jalan Genting Klang. - Foto Shiraz Ali
Rawatan Vampire di Klinik Pesona di Metro Genting Klang, Jalan Genting Klang. - Foto Shiraz Ali
Rawatan Vampire di Klinik Pesona di Metro Genting Klang, Jalan Genting Klang. - Foto Shiraz Ali

Suntik darah sendiri untuk awet muda



TEKNIK rawatan mencantikkan kulit dan bentuk wajah menggunakan darah sendiri antara teknologi terkini dalam bidang estatik yang digunakan secara meluas termasuk di negara ini.

Antara rawatan itu ialah teknik Platelet Rich Plasma (PRP) yang digemari khususnya sebilangan wanita bagi mendapatkan mendapatkan kulit licin, mulus, berseri dan membantu mengatasi masalah tanda penuaan seperti garis halus dan pigmentasi.

Mungkin ada yang ragu-ragu menggunakan darah sendiri dianggap najis. Bagaimanapun, bagi teknik itu darah pesakit diproses dan hanya mengambil plasma yang disuntik pada bahagian wajah.

Dengan melakukan kaedah itu ia dapat merangsang peningkatan kolagen, mencerahkan kulit menerusi stem sel yang terkandung dalam plasma secara semula jadi.

Pakar Estetik Klinik Pesona, Dr Abdul Jamil Jamal Buhari, berkata tiada unsur bercanggah dengan hukum syarak bagi mereka yang ingin melakukan teknik ini.


PAKAR Estetik, Dr Abdul Jamil Jamal Buhari. Foto Shiraz Ali


DR Jamil ketika mengendalikan rawatan. Foto Shiraz Ali

Beliau memetik kenyataan, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid yang menjelaskan tiada larangan bagi individu untuk melakukan suntikan darah memandangkan tiada unsur percampuran tidak mencampurkan darah sendiri dengan pihak ketiga atau haiwan.

Katanya, justeru teknik itu semakin menjadi pilihan dalam kalangan wanita yang mahukan rawatan rendah risiko.

Katanya, darah diambil sebanyak 10 mililiter (ml) daripada lengan pesakit, kemudian diletakkan di dalam tabung khas sebelum dimasukkan di dalam mesin selama 10 hingga 15 minit untuk memisahkan serum dan sel darah merah.

"Suntikan menggunakan darah sendiri berupaya membina sel baharu bagi menggantikan sel yang rosak dan membuatkan permukaan kulit lebih anjal dan gebu secara semula jadi.

"Selepas menjalani beberapa proses, serum yang mengandungi sel stem, platelet dan hormon dihasilkan. Menerusi proses ini, plasma iaitu cairan bening pada bahagian atas mengandungi banyak sel penyembuhan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.


SEBAHAGIAN daripada prosedur rawatan PRP. Foto Shiraz Ali


DARAH yang diambil untuk kegunaan prosedur PRP melalui proses yang ketat. Foto Shiraz Ali

Guna darah sendiri

Dr Abdul Jamil berkata, PRP yang juga dikenali sebagai vampire facial diperkenalkan sejak tahun 1990an di negara maju seperti Jepun dan Eropah dalam bidang perubatan seperti pembedahan jantung, ortopedik dan urologi.

Katanya, teknologi itu turut digunakan dengan meluas dalam perubatan sukan seperti merawat ligamen serta tendon terkoyak dan sejak tahun 2000, rawatan berkenaan pula digunakan mulai diperkenalkan dalam bidang aestetik.

Kajian yang pernah dilakukan di Eropah, England, Jepun dan Afrika Selatan, menunjukkan PRP berfungsi memulihkan keremajaan kulit, mengurangkan parut, menghilangkan jeragat, garis, lekuk pada wajah serta ulser diabetes membabitkan penggunaan plasma yang kaya platelet.

Ini kerana platelet ialah partikel kecil dalam darah yang mempunyai nilai aestetik yang tinggi dan merangsang hormon tumbesaran.

Hormon ini berfungsi merangsang penyembuhan, pembaharuan dan meningkatkan keupayaan sel sekali gus menambah keanjalan kulit.


SEBAHAGIAN daripada prosedur rawatan PRP atau Vampire di Klinik Pesona dekat Metro Genting Klang, Jalan Genting Klang. - Foto Shiraz Ali

Perbaiki tekstur kulit

Dr Abdul Jamil berkata, darah pesakit digunakan sebagai sumber kerana mudah diproses berbanding sumber daripada lemak atau sum-sum tulang.

"Suntikan pada bahagian wajah akan mula membaiki sel kulit dan meremajakan kulit secara semula jadi. Kulit akan menjadi lebih gebu, bersinar, bersih dan tegang," katanya.

Sel stem kulit mempunyai fungsi khusus untuk memperbaharui dan memperbaiki kulit. Tubuh merangsang sel kulit untuk menghasilkan protein, karbohidrat, lipid bagi mengurangkan garis halus, kedutan, mengembalikan dan mengekalkan keanjalan kulit.

Kesan keanjalan kulit boleh dilihat selepas dua minggu rawatan di lakukan dengan keadaan kulit lebih segar dan tampak lebih anjal berbanding sebelumnya.

Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin melakukan rawatan itu dinasihatkan mendapat nasihat doktor bertauliah untuk memastikan prosedur dijalankan dengan betul.

"Bagi mendapatkan keputusan yang memuaskan pesakit boleh menjalankan prosedur antara tiga hingga empat kali terutama untuk rawatan wajah berparut akibat jerawat, pigmentasi parut dan mengurangkan kerutan pada wajah," katanya.


MIMIWATI Zainal, 39, menjalani rawatan PRP sejak empat tahun lalu. Foto Shiraz Ali

gn4id:16006130

Tidak buang masa

Usahawan, Mimiwati Zainal, 39, yang menjalani PRP sejak empat tahun lalu, berkata beliau berpuas hati dengan rawatan dilakukan dalam menyasarkan garis halus.

Katanya, beliau sudah mencuba pelbagai jenis rawatan untuk kekalkan keremajaan wajah, tetapi menganggap rawatan berkenaan mudah dan tidak membuang banyak masa.

"Mula menjaga kecantikan wajah pada usia 20 tahun. Saya buat rawatan ini untuk lebih kepada kepuasan diri sendiri.

"Saya tidak suka bersolek. Kalau kulit muka sudah sempurna tak perlu lagi ambil masa panjang bersolek," katanya.

Mengenai rawatan itu, kata Mimiwati kali pertama melakukannya, beliau mengakui tidak tahan sakit dengan cucukan jarum, tapi lama-kelamaan sudah menjadi biasa dan tidak ada sebarang masalah dan hasilnya memang mengagumkan.


SUNTIKAN di wajah menjadi sebahagian prosedur teknik rawatan Platelet Rich Plasma (PRP). Foto Shiraz Ali


MIMIWATI jalani rawatan untuk dapatkan kulit wajah yang sempurna kerana tidak gemar bersolek lama. Foto Shiraz Ali

  • Info: Teknik Platelet Rich Plasma (PRP)

  • Perlukan 20 hingga 50 mililiter darah pesakit.

  • Darah diletakkan dalam tabung khas untuk diproses

  • Diproses menggunakan mesin khas, centrifuge

  • Proses darah 15 minit untuk memisahkan serum dan sel darah merah yang mengandungi sel stem, platlet dan hormon.

  • Plasma iaitu cecair bening yang berada di atas permukaan darah akan digunakan dalam rawatan.

  • Cecair dikenali sebagai platlet darah diasingkan dan dipindahkan ke tiub khas bebas kuman sebelum disuntik ke wajah.

  • Suntikan platlet akan dilakukan pada tiga bahagian utama iaitu pipi, dagu dan lekuk wajah.

  • Wajah pesakit disapu krim kebas mengelak kesakitan.
360 dibaca
Berita Harian X