Isnin, 19 September 2016 | 1:29pm

40,536 kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah selesai


MENTERI Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar. - Foto Sairien Nafis

PUTRAJAYA: Sebanyak 40,536 daripada 40,923 kes dirujuk kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) berjaya diselesaikan dalam tempoh 1 Januari 2003 hingga 31 Julai lalu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkata TTPR adalah alternatif untuk menyelesaikan pertikaian mengenai perumahan di antara pembeli rumah dan pemaju.

Katanya, Tribunal Pengurusan Strata (TPS) pula berjaya menyelesaikan 794 daripada 1,687 kes berjaya diselesaikan bagi tempoh Julai 2015 hingga Julai lalu.

"TPS ditubuhkan pada 1 Julai 2015 bagi menyelesaikan tuntutan di antara pihak dalam pengurusan strata," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Kepada Presiden Tribunal TTPR dan TPS di sini, hari ini.

Pada majlis itu, lima Presiden TTPR dan tujuh Presiden TPS dilantik, menjadikan jumlah keseluruhan pegawai tribunal berkenaan kini seramai 10 bagi TTPR dan 22 bagi TPS.

100 dibaca
Berita Harian X