Khamis, 13 Oktober 2016 | 12:13am

Gabenor Mexico dilingkari skandal akan letak jawatan


GABENOR Javier Duarte. - Foto Reuters

BANDAR RAYA MEXICO: Gabenor negeri timur dilingkari keganasan di Veracruz, Mexico hari ini berkata, beliau akan meletak jawatan untuk berdepan tuduhan rasuah hanya beberapa minggu sebelum penggal pentadbirannya berakhir.

Gabenor Javier Duarte menolak tuduhan itu namun memaklumkan rangkaian televisyen, Televisa, beliau akan meminta kongres negeri hari ini memberinya pelepasan sebelum penggal rasminya berakhir 30 November ini.

Penggal enam tahun pentadbiran Duarte dicemari keganasan kartel dadah, pembunuhan 19 wartawan dan gelombang orang hilang di negeri kaya minyak di Teluk Mexico itu.

Pejabat peguam negara sedang menyiasat Duarte atas dakwaan pengayaan haram, penyelewengan dan pelanggaran tugas perundangan.

Agensi cukai persekutuan sedang meneliti kontrak berharga AS$174 juta (RM730.63 juta) yang ditandatangani pentadbirannya bersama 33 syarikat.

Duarte menolak tuduhan itu sebagai "penipuan" yang sengaja dicipta Miguel Angel Yunes, calon pembangkang yang menang pilihan raya gabenor Jun lalu, menamatkan pemerintahan berdekad penguasaan Parti Institusi Revolusi (PRI) berdekad lamanya. -AFP

103 dibaca
Berita Harian X