Sabtu, 15 Oktober 2016 | 12:01am
MINUMAN Teh Dangdut. Restoran Nelayan Gombak, Batu 8, Jalan Gombak, Gombak. - Foto Halimaton Saadiah
DEKORASI di Restoran Nelayan Gombak, Batu 8, Jalan Gombak, Gombak.
SET Steamboat. Restoran Nelayan Gombak, Batu 8, Jalan Gombak, Gombak. - Foto Halimaton Saadiah

Puas dengan beriani gam Pak Atan


DEKORASI di Restoran Nelayan Gombak, Batu 8, Jalan Gombak, Gombak. - Foto Halimaton Saadiah

PUAS rasanya apabila nasi beriani gam Pak Atan berlauk ayam masak merah.

Bukan itu saja, kita boleh cuba menikmati nasi berani gam dengan telur pindang Muar, selain ada pilihan lauk kambing, sotong, ikan tenggiri dan udang galah.

Mungkin tak perlu lagi menjelajah sehingga ke Batu Pahat dan Muar, Johor semata-mata hendak mencari nasi beriani gam yang sedap, sebaliknya boleh didapati di Restoran Nelayan Gombak di pinggir ibu negara.

Di restoran ini, anda juga boleh memilih untuk menikmati ikan bakar dan mi bandung Muar selain masakan kampung yang menyelerakan.


IKAN Bakar. Restoran Nelayan Gombak, Batu 8, Jalan Gombak, Gombak. - Foto Halimaton Saadiah

Keaslian resepi, masakan dikekalkan

Pengarah Urusan Restoran Nelayan Gombak, Kuala Lumpur, Mohd Fairiz Omar berkata, walaupun menyediakan pelbagai menu pilihan tetapi nasi beriani gam menjadi menu utama restoran ini.

Malahan, pihaknya juga bersedia menganjurkan bengkel menyediakan nasi beriani gam bersama Pak Atan kepada pelanggan atau mereka yang berminat mendalami resepi makanan istimewa itu.

Mohd Fairiz berkata, sejak diletakkan di bawah pengurusan baharu pada Jun lalu, restoran ini masih mengekalkan keaslian rasa setiap makanan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Ia bertujuan menjamin kualiti rasa supaya pelanggan benar-benar puas apabila menjamu selera di restoran ini.

"Resipi tomyam dan kuah tomyam untuk stimbot, misalnya mengekalkan cara masakan dari Thailand dan begitu juga lauk-pauk tradisi yang disediakan mengikut resipi orang tua-tua dulu," katanya.

Pelanggan juga boleh menikmati keenakan masakan Barat, sama ada hidangan secara ala carte iaitu membuat pesanan mengikut makanan pilihan sendiri, atau membuat satu daripada dua set makanan yang sesuai untuk tiga hingga empat orang makan menyenaraikan menu siakap tiga rasa, daging masak merah, tomyam campur atau makanan laut.


MEE Bandung Muar Original. - Foto Halimaton Saadiah

Tawarkan mi bandung Muar

Dalam pada itu kata Fairiz, pelanggan ke restorannya mengaku tertawan dengan keenakan rasa mi bandung Muar yang mewajibkan udang kering sebagai pes menyedapkan hidangan.

Selain pes udang kering yang menghadirkan rasa lemak itu, ia turut mengemukakan campuran daging dan udang untuk dimakan bersama kuah sup daging.

Restoran ini menyediakan 10 jenis ikan antaranya siakap, bawal, kerapu, kembung, pari, bawal emas, jenahak, keli selain ketam, sotong dan udang, dan boleh dihidangkan dengan cara bakar, masak tiga rasa, stim, masak manis, masakan pedas, sambal petai dan goreng kunyit.


PENGARAH Urusan Restoran Nelayan Gombak, Mohd Fairiz Omar (kanan) bersama pengurus restoran, Ammar Sobri. - Foto Halimaton Saadiah

Diskaun stimbot

Menerusi slogan 'makan sampai kenyang', Restoran Nelayan Gombak turut menawarkan hidangan stimbot berserta panggang yang menyenaraikan pilihan lauk kambing, ayam, daging, sotong udang, ketam, ikan, selain sayuran cendawan, kobis, sawi dan lobak merah untuk dicelur dalam dua jenis pilihan kuah iaitu tomyam dan sup.

Campuran daging dan hidangan laut yang dipanggang lebih sedap dicicah dengan sos masam nelayan, sambal cili dan sambal manis dan pedas yang dianggap ekslusif.

"Istimewa buat pelanggan setia dan baru ingin mencuba masakan di restoran ini, kami memberi potongan harga istimewa bagi pengikut Instagram kami, manakala pelanggan yang datang dengan brosur, berpeluang menikmati baucer RM5," katanya.


DEKORASI di Restoran Nelayan Gombak, Batu 8, Jalan Gombak, Gombak. - Foto Halimaton Saadiah

Info:

  • Restoran Nelayan Gombak
  • Lokasi: Jalan Gombak, Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 11.30 pagi hingga 11.30 malam
  • Menu utama: Nasi Beriani Gam bersama telur ayam pindang, ayam masak merah, sotong dan udang galah; Mi Bandung Muar, aneka jenis ikan untuk dibakar dan dimasak mengikuti pilihan pelanggan.

INFO

* RM7.50

Harga setiap 100 gram makanan laut

* RM6

Harga semangkuk Mi Bandung Muar

* RM15

Denda bagi setiap 100 gram makanan tidak dihabiskan

1481 dibaca
Berita Harian X