;
Khamis, 20 Oktober 2016 | 12:12pm

Van Persie rindu Alex Ferguson


ROBIN van Persie.

MANCHESTER: Robin van Persie mengakui mungkin disenaraikan semula menentang Fenerbahce dalam Liga Europa pada awal pagi esok sekiranya Alex Ferguson masih membimbing Manchester United.

Penyerang Belanda itu diundi sebagai Pemain Terbaik United dalam musim pertamanya di Old Trafford pada musim 2012-2013 apabila Red Devil menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris dengan 11 mata.

Ferguson kemudiannya mengumumkan persaraan di penghujung musim dan Van Persie bergelut di bawah pengurusan baru, David Moyes dan kemudiannya Louis van Gaal.

Dia kemudian berpindah ke Turki pada Julai 2015 dan menjaringkan 17 gol dalam 35 penampilan buat kelab itu setakat ini.

Apabila ditanya jika dia akan bersama United jika Ferguson masih kekal, Van Persie memberitahu: "Kita tak tahu. Mungkin yang saya akan bermain sebagai pemain bagi Manchester United hari ini.

"Apabila saya menandatangani bersama mereka, saya ingatkan Sir Alex akan kekal bersama untuk beberapa tahun tetapi dalam bola sepak semuanya boleh berubah, anda tak boleh merancang laluan anda atau laluan jurulatih anda.

"Dalam dunia ini anda perlu mengharungi apa yang terjadi," katanya.

Pemain berumur 33 tahun itu tidak sabar bermain dalam kepulangannya ke Old Trafford dan berkata: "Apa yang terjadi, sudah terjadi. Saya tak rasa anda perlu membesarkan perkara itu." - Agensi

288 dibaca
Berita Harian X