Selasa, 8 November 2016 | 10:09am

Polis tumpaskan kegiatan maksiat dan perjudian

KUALA LUMPUR: Polis menahan 259 tukang urut dan pelayan pelanggan warga asing selain merampas 2,611 komputer diubah suai menjadi mesin judi dalam serbuan di seluruh negara sepanjang minggu lalu.

Dalam serbuan oleh Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG), seramai 410 kaki judi turut ditahan.

Kejayaan itu dikongsikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter rasminya sebentar tadi.

"Syabas STAGG @PDRMsia gempur judi sepanjang minggu lalu di seluruh negara, rampas 2611 comp (komputer) judi dan tahan 410 orang. #GoPDRMGo.

"Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur Maksiat sepanjang minggu lalu di seluruh negara, tkap (tangkap) 259 orang tukang urut dan GRO. #GoPDRmGo," katanya.

Selain itu, Khalid turut berkongsi kejayaan polis menyelamatkan 17 wanita warga Uzbekistan selepas menahan seorang wanita dipercayai ibu ayam di Bukit Ceylon di sini, semalam.

"Syabas Unit ATIPSOM JSJ D7@PDRMsia, semalam tahan satu ibu ayam di Bukit Ceylon dan selamatkan 17 wanita Uzbekistan," katanya.

29 dibaca
Berita Harian X