;
Isnin, 14 November 2016 | 10:04pm

Brad Pitt kunjungi China selepas dilarang masuk isu filem Tibet


BRAD Pitt membuat promosi pertamanya untuk sebuah filem di Shanghai, China. - Foto Reuters

SHANGHAI: Brad Pitt membuat kemunculan promosi pertamanya untuk sebuah filem di China sejak dilaporkan diharamkan menjejakkan kaki ke negara itu susulan sebuah filem dibintanginya mengenai Tibet hampir 20 tahun lalu.

Beliau menghabiskan masa 40 minit menandatangani autograf untuk peminat China hari ini dan 20 minit dalam acara dikawal ketat media bagi mempromosi filem terbarunya.

Kerajaan China dilaporkan membenci filem lakonannya pada 1997, "Seven Years in Tibet", mengenai hubungan seorang pengembara Austria dengan Dalai Lama muda, kerana memaparkan pemerintahan kejam China di rantau Himalaya itu.

Media tidak dibenarkan bertanyakan soalan dalam acara itu di sini, diadakan untuk mempromosi filem romantik thriller Perang Dunia Kedua, "Allied." Minat yang tinggi susulan perceraiannya dengan Angelina Jolie, namun hos menanyakan banyak soalan mengenai filem lakonannya.

Pitt pernah mengunjungi China dua tahun lalu untuk menemani bekas isterinya ketika itu, yang membuat jelajah promosi, namun tidak menonjolkan diri. "Allied" bakal ditayangkan di China 23 November ini, begitu juga di Amerika Syarikat serta sesetengah negara Eropah dan Asia. -AP

86 dibaca
Berita Harian X