Khamis, 4 Disember 2014 | 10:41am
AHLI keluarga menunggu jenazah di pekarangan rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini. - Foto Sharul Hafiz Zam

Dua kanak-kanak maut dirempuh MPV


LOKASI di mana dua kanak-kanak bersaudara maut dirempuh MPV ketika sedang melintas di Kampung Pengapit Batu di Jalan Datuk Kumbar, di sini malam tadi. - Foto Sharul Hafiz Zam

ALOR SETAR: Dua kanak-kanak bersaudara maut dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika sedang melintas di Jalan Datuk Kumbar, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, Abdul Ghaffar Ibrahim, 9, dan sepupunya, Azraie Mohamad Shariff, 8, dipercayai berjalan kaki dari rumah nenek mereka di Kampung Pengapit Batu, di sini ke surau berhampiran untuk menunaikan solat Isyak sebelum dilanggar MPV Naza Citra.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang tercampak kira-kira 10 meter mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Mayat mereka dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.

133 dibaca
Berita Harian X