Khamis, 1 Disember 2016 | 2:24pm

Masalah kewangan, Jerman tak anjur F1

LONDON: Jerman tidak akan menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) tahun depan di sebalik dominasi Mercedes dan juara dunia yang baru dinobat, Nico Rosberg berikutan masalah kewangan.

Ketika keputusan itu tampak akan mengecewakan peminat Jerman, beberapa lagi perubahan turut dijalankan bagi perlumbaan F1 tahun depan dengan Grand Prix (GP) Azerbaijan terpaksa dianjak kepada 25 Jun bagi mengelak pertembungan jadual dengan perlumbaan 24 jam Le Mans.

Perlumbaan di Brazil dan Kanada yang sebelum ini turut berdepan keraguan juga disahkan akan terus menganjurkan perlumbaan berprestij itu yang akan memiliki 20 pusingan menurut Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Jumlah 20 pusingan perlumbaan itu menyaksikan pengurangan satu pusingan berbanding 21 pusingan, tahun ini.

Ketiadaan Jerman sudah dijangka lebih awal apabila Litar Nuerburgring tidak berminat untuk membayar yuran penganjuran manakala Litar Hockenheim, yang mencatat kehadiran 57,000 penonton, tahun ini enggan terus kehilangan duit buat musim kedua berturut-turut.

Hockenheim yang mencatat rekod kehadiran penonton tertinggi ketika juara dunia tujuh kali Michael Schumacher masih berakhir begitupun mempunyai kontrak pada 2018.

Dalam pada itu, perlumbaan di litar jalanan di Baku yang dijangka menjadi perlumbaan pembuka tirai GP Eropah musim ini terpaksa dianjakkan tarikhnya bagi mengelak perlumbaan Le Mans selain mengelak mimpi ngeri logistik selepas perlumbaan di Kanada.

Perlumbaan di GP Austria dan Britain juga terpaksa dipercepatkan seminggu bagi mengisi lompong yang ditinggalkan Jerman.

Perlumbaan GP Hungary juga diubah kepada 30 Julai, tarikh yang sepatutnya milik Jerman.

Perlumbaan di Mexico sekali lagi digandingkan dengan GP Amerika Syarikat (AS) di Austin, Texas, pada penghujung Oktober dengan Brazil kekal dengan keputusan untuk kekal sebagai perlumbaan kedua terakhir tahun depan.

GP Malaysia juga akan berlangsung selepas GP Singapura. - Reuters

Kalendar F1 2017:

26 Mac - Australia (Melbourne)

9 April - China (Shanghai)

16 April - Bahrain

30 April - Russia (Sochi)

14 Mei - Sepanyol (Barcelona)

28 Mei - Monaco

11 Jun - Kanada (Montreal)

25 Jun - Azerbaijan (Baku)

9 Julai - Austria (Spielberg)

16 Julai - Britain (Silverstone)

30 Julai - Hungary (Budapest)

27 Ogos - Belgium (Spa-Francorchamps)

3 September - Itali (Monza)

17 September - Singapura

1 Oktober - Malaysia (Sepang)

8 Oktober - Jepun (Suzuka)

22 Oktober - AS (Austin)

29 Oktober - Mexico (Mexico City)

12 November - Brazil (Sao Paulo)

26 Novovember - Abu Dhabi

11 dibaca
Berita Harian X