Selasa, 13 Disember 2016 | 2:20pm
KEADAAN kereta Proton Waja yang terbakar di Guchil bayam, Kota Bharu, awal pagi semalam. - Foto ihsan IRDK

Kereta terbabas, 6 lelaki nyaris maut


KEADAAN kereta Proton Waja yang terbakar di Guchil bayam, Kota Bharu, awal pagi semalam. - Foto ihsan IRDK

KOTA BHARU: Enam lelaki nyaris maut apabila kenderaan mereka naiki terbabas sebelum terbakar di Guchil Bayam, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, semua mangsa berusia lingkungan 20-an selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Kanan Bomba II, Mohd Azlan Zainal, berkata sepasukan enam anggota bomba bersama satu jentera ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.47 pagi mengenai kejadian itu.

Katanya, salah seorang mangsa memaklumkan kereta Proton Waja yang mereka naiki gagal dikawal secara tiba-tiba sebelum merempuh pembahagi jalan di kampung berkenaan.

"Hentaman yang kuat menyebabkan bahagian enjin kereta berasap sebelum terbakar. Bagaimanapun, semua mangsa sempat keluar menyelamatkan diri sebaik melihat api mula marak di bahagian depan kereta," katanya di sini, semalam.

Mohd Azlan berkata, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati hampir 100 peratus kereta terbabit hangus dan pihaknya mengambil masa lima minit untuk memadamkan kebakaran.

"Kebakaran kereta itu dipercayai berpunca daripada rempuhan yang kuat menyebabkan minyak tertumpah," katanya.

61 dibaca
Berita Harian X