Selasa, 13 Disember 2016 | 3:00pm

Hrithik Roshan ketiga paling kacak


PELAKON popular Bollywood, Hrithik Roshan. - Foto Reuters

MUMBAI: Pelakon popular Bollywood, Hrithik Roshan, terpilih berada di tempat ketiga senarai Lelaki Paling Kacak di dunia oleh laman web terkemuka antarabangsa.

Kerap diberi gelaran 'Tuhan Greek Bollywood', Hrithik menewaskan aktor handalan seperti Johnny Depp dan Brad Pitt, yang masing-masing berada di tempat keempat dan kelapan.

Laman web itu menyenaraikan pelakon bintang Mission Impossible, Tom Cruise dan pelakon siri Twilight, Robert Pattison, di tangga teratas dan kedua.

Sementara itu, Hrithik yang menanti tayangan filem terbarunya, Kaabil, meluahkan kegembiraan dan rasa rendah diri dengan lambakan pujian diterima berikutan ketampanannya.

Apabila ditanya sama ada beliau bangga setiap kali dipuji kerana ketampanannya, Hrithik berkata:

"Saya tidak pernah bangga kerana tidak percaya pada rupa. Saya percayakan penampilan. Penampilan diri membuatkan anda kelihatan cantik."

Mengenai kemampuan beliau mengalahkan Depp, Pitt dan seorang lagi bintang handalan Hollywood, Hugh Jackman, dari segi rupa, Hrithik berkata ia satu pujian, bukan pencapaian.

"Saya tidak menafikan atau terbawa-bawa dengannya," kata pelakon itu. - Agensi

491 dibaca
Berita Harian X