Khamis, 22 Disember 2016 | 4:33pm

Monaco terpaksa bayar RM56.15 juta cukai


MONACO menandatangani Rodriguez dengan nilai 45 juta euro (RM210.58 juta) dari Porto pada 2013 dan menjualnya dengan harga 80 juta euro (RM374.36 juta) kepada Real Madrid setahun kemudian.

PARIS: Monaco yang beraksi di Ligue 1 (Perancis) terpaksa membayar hampir 12 juta euro (RM56.15 juta) cukai kepada Sepanyol untuk perpindahan pemain bintang termasuklah James Rodriguez dari Colombia, kata badan siasatan Kebocoran Bola Sepak.

Mereka diwajibkan membayar kira-kira 6.6 juta euro (RM30.88 juta) untuk perpindahan Rodriguez, berdasarkan kepada laporan berita Perancis, Mediapart, satu daripada 12 media Eropah yang mensasarkan untuk mendedahkan penipuan kewangan melalui Kebocoran Bola Sepak.

Monaco menandatangani Rodriguez dengan nilai 45 juta euro (RM210.58 juta) dari Porto pada 2013 dan menjualnya dengan harga 80 juta euro (RM374.36 juta) kepada Real Madrid setahun kemudian.

Kelab itu turut membayar 5.1 juta euro (RM23.87 juta) sebagai cukai ke atas keuntungan daripada perpindahan Yannick Carrasco dari Belgium kepada Atletico Madrid dan Aymen Abdennour (Tunisia) ke Valencia.

Sepanyol menilai pihak berkuasa Monaco, di mana kelab Ligue 1 itu bertapak, sebagai syurga cukai dan mengenakan cukai 19 peratus ke atas keuntungan jualan ke dalam pasaran Sepanyol.

Ketika dihubungi Mediapart, Monaco mengesahkan bahawa 'tindakan undang-undang dalam proses' namun tidak mahu memberikan ulasan mengenai jumlah wang yang dilaporkan.

"Jumlah itu dibayar tetapi dipertandingkan," kata pengurusan Monaco.

Mediapart menganggarkan jumlah keseluruhan bayaran Monaco kepada pihak berkuasa cukai Sepanyol kira-kira 11.7 juta euro (RM54.75 juta). - AFP

122 dibaca
Berita Harian X