Jumaat, 30 Disember 2016 | 9:51am

Tevez dapat gaji tertinggi atasi Messi, Ronaldo

PARIS: Dengan perpindahannya ke Shanghai Shenhua, Carlos Tevez kini muncul sebagai pemain dengan gaji tertinggi dunia, melebihi rakan senegaranya, Lionel Messi dan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Sumber terdekat kepada pemain Argentina itu mendedahkan kepada AFP bahawa bekas penyerang Manchester United dan Manchester City itu bakal menjana pendapatan sebanyak 38 juta euro (RM179 juta) semusim di China.


PEMAIN baharu di Shanghai Shenhua, Carlos Tevez. - Foto AP

Buat masa ini, Tevez sekadar dibayar gaji 2 juta euro (RM9.43 juta) bersama Boca Juniors.

Menurut media Portugal, bintang Real Madrid Ronaldo mendapat 'duit poket' sebanyak 23.6 juta euro (RM111 juta) semusim manakala sensasi Barcelona Messi 20 juta euro (RM94 juta).

Ronaldo dan Messi juga berada di belakang kedudukan pemain Brazil, Oscar yang meraih pendapatan sebanyak 24 juta euro (RM113 juta) selepas melengkapkan perpindahannya ke Shanghai SIPG minggu lalu. - AFP

Lima pemain gaji tertinggi bola sepak (berdasarkan laporan media):

1. Carlos Tevez (ARG/Shanghai Shenhua) 38 juta euro (RM179 juta) semusim

2. Oscar (BRA/Shanghai SIPG) 24 juta (RM113 juta)

3. Cristiano Ronaldo (POR/Real Madrid) 23.6 juta (RM111 juta)

4. Lionel Messi (ARG/Barcelona) 20 juta (RM94 juta)

5. Hulk (BRA/Shanghai SIPG) 20 juta (RM94 juta)

691 dibaca
Berita Harian X