;
Jumaat, 30 Disember 2016 | 12:50pm

China sahkan kes terbaharu jangkitan H7N9


VIRUS H7N9. - Foto ihsan WHO

BEIJING: Pihak berkuasa kesihatan Shanghai mengesahkan kes terbaharu jangkitan selesema burung rantaian H7N9 ke atas manusia, lapor agensi berita kerajaan Xinhua, semalam.

Lelaki yang disahkan menghidap selesema burung H7N9 itu sedang dirawat di hospital, lapor Xinhua.

Setakat ini Shanghai melaporkan satu kes jangkitan H7N9 ke atas manusia bulan ini

Shanghai adalah bandar terbesar di China dengan lebih daripada 24 juta penduduk.

Selesema burung cenderung menyerang pada musim sejuk dan musim bunga memaksa petani sejak beberapa tahun kebelakangan ini meningkatkan rejim pembersihan, teknik pengasingan haiwan selain membina bumbung untuk menutup kandang ayam dalam usaha mencegah penularan wabak ini. - Reuters

86 dibaca
Berita Harian X