Jumaat, 23 Jun 2017 - 11:30PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Samsung Lancar Galaxy A5, A7

Oleh Che Wan Badrul Alias



PENGACARA tv, Amyra Rosli dan Iedil Putra menunjukkanmodel telefon pintar Galaxy A. - Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics membuka tirai tahun 2017 dengan pelancaran dua model telefon pintar mampu milik baharu dalam siri Galaxy A (2017) iaitu Galaxy A5 dan Galaxy A7.

Menepati konsep 'hidup tidak dirancang', model baharu itu menawarkan beberapa penambahbaikan berbanding model sebelumnya seperti kamera belakang 16MP PDAF (f1.9), kamera depan 16MP FF (f1.9), dan prosesor 1.9GHz lapan teras.

Ia turut disokong storan lebih besar, bateri berkuasa tinggi 3,600 mAh (A7) / 3,000mAh (A5) untuk tahan lebih lama serta pengecas pantas.

Naib Presiden, Unit Perniagaan IT & Mudah Alihnya, Lee Jui Siang, berkata sebagai peranti terkini di pasaran, siri Galaxy A terbaharu itu diketengahkan sebagai peranti yang mampu memenuhi gaya hidup spontan dan aktif generasi muda masa kini.

Hasilnya, katanya, kedua-dua model yang memiliki skrin Super AMOLED HD penuh 5.7 inci dan 5.2 inci itu dibangunkan sebagai model kelas pertengahan pertama Samsung dengan standard IP68 bagi kalis habuk dan air.

"Samsung membantu golongan muda untuk sentiasa bersedia dengan apa juga cabaran yang dihadapi pada saat melaksanakan aktiviti lasak serta spontan.

"Menepati corak perbelanjaan secara transaksi tanpa tunai ketika ini, model baharu siri Galaxy A (2017) juga menawarkan ciri Samsung Pay yang kini dalam ujian untuk sesetengah pemegang kad visa Maybank yang terpilih sebelum diperluas kepada kad lain kelak," katanya pada pelancaran model baharu itu di sini, hari ini.

Model yang tersedia dengan dua pilihan warna iaitu hitam Black Sky dan emas Gold Sand itu akan dijual bermula 25 Januari pada harga RM1,899 (Galaxy A7 2017) dan RM1,699 (Galaxy A5 2017) termasuk GST.

Bahkan pengguna yang membuat pra-tempahan bermula 6 Januari ini akan turut menerima fon-kepala Samsung Level U Pro tanpa wayar bernilai RM399 secara percuma.

INFO: Galaxy A5 dan A7

Warna: Hitam Black Sky dan Emas Gold Sand

Harga termasuk GST: RM1,899 (Galaxy A7 2017) dan RM1,699 (Galaxy A5 2017)

Jualan bermula: 25 Januari


Trending

    Disyorkan