Khamis, 5 Januari 2017 | 3:12pm

Jumlah mangsa banjir di Pitas menurun kepada 214


SEKITAR pemantauan keadaan banjir di Kampung Kusilad, Kampung Rukom Ulu dan Kampung Kanibongan di daerah Pitas oleh Skuad Drone Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah. - Foto Ihsan angkatan Pertahanan Awam Malaysia

PITAS: Jumlah mangsa banjir di Pitas menurun kepada 214 orang membabitkan 66 keluarga setakat jam 1.30 tengah hari ini, berbanding 284 pagi tadi.

Bagaimanapun, pusat pemindahan masih kekal tiga iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom; Dewan SK Pekan 2 dan Dewan Terbuka Kampung Bilangau, Besar.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin, berkata jumlah kampung yang terjejas akibat banjir kekal 16 kampung setakat tengah hari ini.

"Jumlah kampung yang terjejas banjir kekal 16 kampung iaitu Kampung Sosop, Pondoi, Boribi Kanibongan, Masin Kanibongan, Sulakulong Kanibongan dan Kanibongan.

"Turut terjejas Kampung Bilangau Besar, Rukom Ulu, Sinasak Batu, Sibaung, Kusilad, Pandan Mendamai, Salimpodon Darat, Pinggan-Pinggan, Indah dan Dandun.

"Keadaan cuaca di daerah ini cerah setakat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, jumlah jalan raya yang dinaiki air kekal sembilan dengan jalan utama Kampung Kusilad hanya boleh dilalui kenderaan berat dan pacuan empat roda. 

"Jalan utama lain yang terjejas ialah Kampung Salimpodon Darat,  Kampung Indah, Pandan Mendamai, Layang Kanibongan, Sosop, Boribi Kanibongan, Pondoi dan Kibuluh," katanya.

299 dibaca
Berita Harian X