Selasa, 25 April 2017 - 3:18AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

OPPO lancar model terbaharu telefon pintar R9s

Oleh Nasuha Badrul Huzaini



OPPO R9s dilengkapi kamera belakang 16 megapiksel dengan teknologi Dwi-PDAF serba baru dan apertur f/1.7. - Foto Rohanis Shukri

KUALA LUMPUR: OPPO Malaysia melancarkan model terbaharu telefon pintarnya, OPPO R9s.

Telefon pintar itu dilengkapi kamera belakang 16 megapiksel dengan teknologi Dwi-PDAF serba baru dan apertur f/1.7.

Teknologi baharu itu dijangka boleh memenuhi selera pengguna yang sentiasa sibuk untuk mengambil gambar yang lebih jelas.

Ketua Eksekutif, William Fang, berkata OPPO R9s direka dengan teliti untuk menawarkan pengguna telefon pintar yang berguna dalam kehidupan seharian.

"Walaupun kami mencapai kejayaan dan mendapat pengiktirafan daripada model keluaran OPPO terdahulu, kami tidak mahu terhenti di situ.

"Kami mahu meneruskan perjalanan ke arah kesempurnaan supaya pengguna berpeluang mengalami pengalaman telefon kamera premium," katanya pada majlis pelancaran model telefon pintar itu di sini, hari ini.

OPPO R9s juga dilengkapi teknologi pengecasan pantas VOOC dan akses cap jari.

Ia boleh didapati dalam dua warna iaitu emas dan emas Rose dan dijual pada harga RM1,798 seunit termasuk GST.

Jualan telefon pintar itu akan bermula 14 Januari ini dan tempahan awal boleh dibuat bermula hari ini hingga 13 Januari menerusi laman web OPPO Malaysia atau wakil jualan di seluruh negara.

OPPO sebelum ini memperkenalkan telefon pintar N3 yang menggunakan teknologi kamera berpusing untuk mengesan objek bergerak.


Trending

    Disyorkan