;
Isnin, 9 Januari 2017 | 12:49pm

7 kes baharu selesema burung di China


VIRUS H7N9. - Foto ihsan World Health Organization

BEIJING: Pihak berkuasa China melaporkan tujuh kes baharu selesema burung jenis H7N9 yang menjangkiti manusia, menjadikan jumlah keseluruhan 40 kes dicatatkan sejak Disember lalu.

Media tempatan melaporkan, usaha bagi menangani wabak berkenaan turut dilakukan negara jiran seperti Korea Selatan.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan tempatan melaporkan, empat daripada kes itu direkodkan di selatan wilayah Jiangxi, termasuk membabitkan wanita berusia 55 tahun, manakala masing-masing satu kes di Shandong, Hunan, Shanghai dan Xinhua.

Setakat ini, lebih 170,000 unggas sudah dimusnahkan di empat wilayah di China sejak Oktober lalu, malah beberapa pasar yang menjual ayam hidup diarahkan ditutup, berikutan kes jangkitan selesema burung membabitkan manusia dan ayam.

Walaupun penyebaran wabak selesema burung dianggap sebagai kes terpencil, ia kembali menular ketika musim sejuk dan musim bunga.

Penularan jangkitan selesema burung boleh meningkatkan risiko kesihatan rakyat dan menjejaskan kewangan negara. - Reuters

79 dibaca
Berita Harian X