Selasa, 10 Januari 2017 | 1:12am

Saham AS dibuka rendah hari ini


SAHAM di Wall Street dibuka rendah hari ini.- Foto AFP

NEW YORK: Saham di Wall Street secara keseluruhannya dibuka rendah hari ini, susulan pengumuman penggabungan dan pengambilalihan, termasuk penjualan kepentingan perniagaan McDonald's, di China.

Penganalisis Briefing.com, Patrick O'Hare, berkata pasaran berhadapan tekanan selepas indeks Dow jatuh setelah mencecah 20,000 mata pada Jumaat lalu.

Beliau turut memberi contoh ketidaktentuan mengenai musim gaji akan datang dan kebimbangan mengenai dolar, sebagai satu kekangan.

"Terdapat banyak perkara yang sedang berlaku, yang menyumbang kepada nada berhati-hati untuk memulakan minggu ini," kata O'Hare.

Selepas kira-kira 15 minit didagangkan, Indeks Perusahaan Dow Jones susut 0.3 peratus kepada 19,902.83 mata.

S&P 500 juga kehilangan 0.3 peratus pada 2,271.03, sementara Indeks Komposit Nasdaq naik 0.1 peratus kepada 5,527.01.

McDonald's menambah 0.2 peratus selepas mengumumkan ia menjual kepentingan kawalan perniagaannya di China dan Hong Kong, bernilai AS$2.1 bilion (RM9.4 bilion) kepada satu konsortium, termasuk Citic dan Carlyle Group.

Langkah berkenaan adalah sebahagian daripada usaha gergasi makanan segera itu untuk meningkatkan operasi antarabangsanya bagi mengimbangi penjualan lembap di Amerika Syarikat (AS). - AFP

22 dibaca
Berita Harian X