Ahad, 24 Ogos 2014 | 12:35pm
HENTI persoal cara kerajaan sambut mangsa tragedi MH17. - Foto Osman Adnan

Henti persoal cara kerajaan sambut mangsa tragedi MH17 - Hishammuddin

IPOH: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta mana-mana pihak yang mempersoalkan cara kerajaan memberikan penghormatan kepada mangsa tragedi MH17 yang didakwa tidak setimpal dengan pengorbanan wira Lahad Datu supaya menghentikan segala tohmahan dalam menghormati keluarga mangsa.

Beliau berkata, tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mempersoalkan apa yang dilaksanakan kerajaan mungkin mempunyai agenda yang tersendiri atau mungkin tidak senang dengan usaha yang dilakukan kerajaan.

"Istiadat itu berjaya dilakukan dengan tertib, ringkas dan terhormat serta diiktiraf bukan saja oleh seluruh rakyat Malaysia bahkan juga beberapa negara lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Timur, di sini, sebentar tadi.

22 dibaca
Berita Harian X