Sabtu, 14 Januari 2017 | 3:46pm

Ketiadaan 4G bebankan guru


PRESIDEN NUTP, Kamarozaman Abd Razak. - Foto Muhd Asyraf Sawal

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa kelewatan pemasangan 1BestariNet bagi akses 4G di sekolah seluruh negara menyebabkan ada guru terbeban menghantar data diminta pihak Jabatan Pendidikan negeri masing-masing.

Presidennya, Kamarozaman Abd Razak, berkata pelbagai rungutan diterima berhubung perkara itu, selain guru perlu memasukkan data pelajar.

"Ada sekolah tidak mempunyai capaian Internet. Pihak Jabatan Pendidikan mahu data segera, takkan guru nak hantar data guna aplikasi WhatsApp.

"Apa guna gajet diberi kementerian jika tiada capaian Internet," katanya kepada media di pejabat NUTP di sini, hari ini.

1BestariNet adalah inisiatif Kementerian Pendidikan bagi mengganti dan menambah baik sistem rangkaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah di seluruh negara.

1264 dibaca
Berita Harian X